19 June 2011

The True You is The Art Of Life

Every accomplishment starts with the decision to try. Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness, that most frightens us. We ask ourselves, "Who am I to be brilliant, gorgeous, talented, and fabulous?

Actually, who are you not to be? You are a child of God. Your playing small doesn't serve the world. There's nothing enlightened about shrinking so that other people won't feel insecure around you. We are all meant to shine, as children do. We are born to make manifest the glory of God that is within us. It's not just in some of us, it's in everyone. And as we let our own light shine, we unconsciously give other people permission to do the same. As we are liberated from our own fear, our presence automatically liberates others.

Enjoy who you are. Don’t hate or fear yourself for what you aren’t. Try not to dance better than anyone else. Just try to dance better than yourself. Remember that - Living in the favourable and unfavourable situation is called PART OF LIFE, but smiling in all those situations is called ART OF LIFE.

22 March 2011

Cara Tingkatkan PageRank Blog Anda!!


Ok, let’s talk about PageRank!! Hehee! Siapalah yang tidak mahu PageRank Google untuk blognya meningkat, kaaaannn?

Untuk post kali ini, saya bukanlah mahu memperkatakan tentang perkhidmatan Google PageRank kerana anda mungkin sudahpun tahu mengenainya. Jadi terus saja kepada persoalan pokok iaitu cara mudah untuk bagaimana tingkatkan update PageRank oleh Google untuk blog anda dari blogger ke blogger lain. Sama-sama tolong, tolong sama-sama!!

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat  satu post baru pada hari ini dengan penumpuan kepada sharing kandungan post saya ini dengan rakan-rakan blogger yang lain. Dalam post terbaru anda itu, silalah letakkan link-link berikut mengikut susunan 1 hingga 10. Tapi ingat, bagi link no. 1 hingga no.9 anda harus klik kanan dan “Open Link In New Windows” (pengguna Firefox) atau “Open In New Windows” (pengguna Internet Explorer) atau arahan serupa pada browser lain yang anda gunakan. Link no. 10 tidak perlu klik, memang sudah di depan mata anda pun sekarang. Hehee!!

1.   FaktaBeredar
3.   HakikiSirius
4.   HukmulIslam
5.   Albarmadlrc
8.   BelajarBlog
9.   AboutIt
10. Tovud

Seterusnya, sebelum anda meletakkan link-link di atas ke dalam post khas anda pada hari ini, anda kenalah menghapuskan peserta yang berada pada kedudukan no. 1 dari senarai daftar di atas. Maksudnya, setiap link peserta akan naik 1 level anak tangga. Link peserta no. 2 naik ke no. 1, link peserta no. 3 naik pula ke no. 2, dan begitulah seterusnya. Kemudian kedudukan no. 10 itu akan kosong, haaa!!... di situlah anda akan letakkan alamat link blog anda. Anda jadi peserta link no. 10.

Kebaikannya, misal kata jika setiap peserta berjaya mengajak 5 orang share dan post artikel yang sama ini di blog mereka masing-masing, maka jumlah Back Link yang akan diperolehi ialah seperti berikut:

Ketika anda berada pada posisi no.10, jumlah Back Link yang anda dapat ialah = 1

Posisi no. 9, jumlah Back Link = 5
Posisi no. 8, jumlah Back Link = 25
Posisi no. 7, jumlah Back Link = 125
Posisi no. 6, jumlah Back Link = 625
Posisi no. 5, jumlah Back Link = 3,125
Posisi no. 4, jumlah Back Link = 15,625
Posisi no. 3, jumlah Back Link = 78,125
Posisi no. 2, jumlah Back Link = 390,625
Posisi no. 1, jumlah Back Link = 1,953,125

Agar tetap menarik, kekalkan NAMA link yang sudah disediakan oleh rakan-rakan blogger sebelum anda, jangan pula diubah menjadi alamat link, anda seharusnya pautkan alamat link mereka masing-masing kepada nama link sedia ada seperti yang terdapat dalam post ini.

Secara SEO, apabila anda lakukan share post ini,  anda sudah mendapatkan 1,953,125 BackLink untuk blog anda. Kesan positifnya, jika pengunjung blog para blogger yang tersenarai di sini mengklik link-link yang ada, anda telah membantu mereka mendapatkan trafik tambahan untuk mereka. Anda juga akan mendapat balasan kebaikan yang sama.

Ok, rakan-rakan blogger, silalah Copy-Paste artikel ini sekarang dan jadikanlah ia post istimewa anda untuk hari ini. Jangan lupa, gugurkan peserta yang berada pada kedudukan no. 1, masukkan Nama Link pilihan anda dan pautkan dengan alamat link blog anda pada kedudukan no. 10. Jika anda mahu jumlah Back Link yang banyak, janganlah haloba!! Dapatkan impak maksima! Anda harus berada pada kedudukan no. 10 dahulu kerana jika anda cuba-cuba letakkan posisi anda pada kedudukan no. 1, rakan blogger lain yang akan melakukan hal ini dengan jujur akan menggugurkan anda begitu sahaja kerana dia akan memasukkan alamat link blognya pada kedudukan no. 10.

Jangan lupa klik link dari no. 1 hingga no. 9 ya. Anda tidak perlu menyukai link-link tersebut untuk anda membukanya, lakukan kerana anda faham yang anda sedang membantu sesama blogger. Jika kebetulan blog mereka menarik dan bersesuaian dengan citarasa anda, jadilah follower. Jika tidak suka, halakan tetikus ke penjuru atas kanan dan klik ‘X’ untuk permisi. :-D

GooooodLuck!!

Post artikel ini hanya sesuai untuk bacaan para bloggers. Jika anda hanyalah pengunjung biasa yang sedang mencari bahan bacaan biasa, oh oow!! Sorry, silap landing atas artikel ni la tuuuu!! Byeeee!!!


21 March 2011

Google Circles - Selamat Tinggal Facebook??


Lagi desas-desus tentang taktik Google untuk bersaing dengan Facebook.  Jika desas-desus itu benar, maka tidak lama lagi Google  akan melancarkan rangkaian sosial baru yang disebut sebagai "Google Circles". Desas-desus itu kini sangat hangat diperkatakan oleh pemerhati-pemerhati Internet kerana ia seolah-olah satu versi terbaru dari rangkaian "Google Me" iaitu rangkaian sosial yang seharusnya telahpun memulakan operasi tahun lalu tapi nampaknya hanya tinggal impian. Menurut kenyataan oleh Silicon Valley, Google Circles merupakan projek rahsia rangkaian sosial yang direka oleh Google untuk membawa kawalan dan kejelasan untuk apa yang bakal para pengguna inginkan dalam perkongsian dan dengan siapa mereka mahu dihubungkan. Ideanya ialah pengguna akan mempunyai beberapa "Circles" (lingkungan) atau rangkaian yang terdiri daripada  "Ahli Keluarga," "Saudara-mara," "Rakan Sekerja," "Kawan-kawan Rapat," "Kawan-kawan Lama," dan pelbagai lagi. Seterusnya pengguna boleh menetapkan segala sesuatu yang berkaitan dengan “Post” sesuai dengan tema rangkaian yang melihatnya.

Walau bagaimanapun, Google menyangkal desas-desus kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa strategi syarikat buat masa kini hanyalah ingin menambah-baik dan menghangatkan lagi pelbagai ciri sosial ke dalam kebanyakan produk perkhidmatan Google sedia ada. Google dalam kenyataannya tidak mengatakan “Ya” kepada kemunculan Google Circle tapi pada masa yang sama Google juga tidak menafikan kemungkinan tersebut. Bagi pemerhatian segelintir pihak, mereka mengatakan bahawa hanya ada dua kemungkinan dalam penentuan pendekatan berbeza yang boleh digunakan oleh Google jika ia benar-benar ingin bersaing dengan raja rangkaian sosial Facebook dan seterusnya memenangi persaingan siapa punya rangkaian sosial lebih hebat.

Cara pertama ialah merealisasikan kemunculan Google Circles dan membuatnya mempunyai ciri-ciri  yang lebih daripada apa yang terdapat di Facebook,. Google Circles juga harus bijak menanggalkan ciri-ciri yang tidak disukai oleh pengguna yang terdapat di Facebook. Namun, apa yang paling penting dalam tindakan tersebut ialah menempatkan pengguna di bawah kawalan yang terbaik yang boleh membuat mereka berasa selamat dalam kawalan tersebut terutamanya yang berkaitan dengan maklumat peribadi mereka. Cara kedua untuk menang bersaing ialah dengan membuat pengguna dapat menyedari adanya  perkhidmatan Google yang benar-benar bercirikan sosial penuh, tidak seperti yang terdapat dalam kebanyakan perkhidmatan lain oleh Google yang mana pengguna tidak dapat berasa nikmat sebenar maksud sosial tersebut.

Mampukah Google melakukan kedua-dua strategi tersebut? Jika ada kemahuan untuk benar-benar bersaing, tidak mustahil Google akan bertindak lebih baik dengan mempertimbangkan pandangan-pandangan daripada para pengguna. Kebaikannya, Google akan menerajui perkhidmatan rangkaian sosial terhebat di dunia mengalahkan Facebook. Tetapi, jika dilihat pada strategi Google sebelum ini dalam pembikinan pelbagai perkhidmatannya, pandangan pengguna hanya tinggal pandangan begitu sahaja, belum ada perkhidmatan sosial oleh Google yang benar-benar berjaya membuat pengguna berasa seronok dan nikmat sepertimana yang ditawarkan oleh Facebook.

Jika anda kurang memahami maksud yang cuba diutarakan ini, cuba lihat pada ciri “Google Dashboard” oleh Google. Ketika Google melancarkannya lebih kurang satu setengah tahun yang lalu, akhbar-akhbar laman maya memaparkan bukti bahawa Google terlalu mengetahui tentang maklumat dan latar belakang penggunanya kerana Google mencatat dan menyenaraikan segala maklumat pengguna apabila mereka menggunakan perkhidmatan Google termasuk maklumat yang berkaitan dengan sejarah carian. Jika anda lihat sendiri Google Dashboard masing-masing, anda akan menyedari bahawa anda jauh lebih terikat kepada Google berbanding Facebook kerana  Google memiliki address book anda yang diserasikan pula dengan smartphone anda. Demikian pula dengan blog anda sendiri, pemerhatian ke atas kalendar anda, malah Google tahu maklumat berkaitan kad kredit anda. Lebih ke hadapan daripada itu ialah Google bahkan tahu lokasi di mana anda berada melalui perkhidmatan  Google Latitude. Google mengetahui penggunanya dengan begitu baik dan terperinci melalui pelbagai produk perkhidmatan yang ditawarkannya.

Sekiranya Google mengintegrasikan segala kelebihan yang ia miliki ini menjadi satu pakej dan dipersembahkan melalui satu rangkaian sosial, sudah pasti semua itu akan dapat membantu penggunanya mempunyai lebih ramai rakan berbanding Facebook. Pengguna akan dapat mengekalkan hubungan berpanjangan dengan rakan-rakan, berkongsi address book yang nyata benar-benar bermanfaat bagi tujuan perhubungan pengguna, diserasikan pula dengan ciri kalendar dan kemampuan untuk membeli barang dengan hanya satu klik. Dalam erti kata lain, jika Google benar-benar mahu melancarkan Google Circles, rangkaian sosial yang baru itu sudah pasti akan menjadi pesaing paling terbilang, kerana sebagai ahli di dalamnya, pengguna akan menyukainya untuk satu jangka masa yang panjang, apatah lagi dengan ciri yang memampukan pengguna untuk mempunyai ratusan atau ribuan rakan-rakan yang sesuai dengan citarasa mereka yang boleh dipadankan melalui maklumat yang relevan dengan maklumat peribadi pengguna sendiri.

Jadi, sudah seharusnyalah Google mempertimbangkan pandangan pengguna dan para pemerhati yang ternyata boleh masuk akal. Google perlu bersifat lebih telus dan mempunyai keterbukaan dalam hal itersebut. Ini akan memberi kelebihan kepada Google untuk memenuhi kehendak pengguna dengan lebih jelas dan tepat serta mampu menampilkan ciri-ciri kawalan ke atas perkongsian sosial yang lebih luas. Apa-apapun, keputusan terbaik berada di tangan Google sendiri. Kenyataannya para pengguna telahpun sekian lama menggunakan perkhidmatan sosial Google secara sedar dan tidak sedar.

Jika sebelum ini Google sudahpun membuktikan kepada dunia bahawa ia boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Yahoo melalui perkhidmatan enjin cariannya, demikian pula dengan kejayaannya bersaing dengan Hotmail apabila ia menjadi antara penyedia perkhidmatan email terbaik melalui GMail dan sekali lagi ia buktikan melalui perkhidmatan browser Google Chrome dalam usahanya untuk bersaing dengan Mozilla Firefox, dan banyak lagi usahanya sebelum ini yang tidak boleh dinafikan oleh banyak pihak, maka tidak mustahil impiannya untuk cuba bersaing dengan Facebook dalam menerajui perkhidmatan rangkaian sosial sudah pasti boleh tercapai.

Segala-galanya adalah mungkin bagi Google walaupun perlu mengambil masa lagi untuk membuat penyelidikan dan kajian tentang bagaimana ia boleh menarik minat pengguna melalui persembahan yang telus seperti yang dilakukan oleh Facebook. Jadi, walaupun Google masih tersipu-sipu  mahu mengakui kebenaran mengenai projek Google Circle tersebut atau mungkin juga ditukar namanya kepada yang lebih sesuai, apa yang menjadi penantian setiap orang ialah apakah ciri-ciri yang bakal ditawarkan oleh Google Circle yang tidak terdapat dalam MySpace, Twitter dan Facebook yang mampu meletakkan rangkaian sosial gaya Google sebagai rangkaian sosial nombor 1 dunia?

* Facebook is the best at the moment but Friendster will always be my lovely baby, even after having created an account or two with Google Circles tomorrow.  :-D

15 March 2011

Si Kecil - Inspirasi Blog Paling Besar

Kadang-kadang penat juga badan apabila terlalu lama menatap komputer tapi boleh dikatakan berbaloi sebab komputer inilah antara medium paling mesra bagi saya untuk mencari pendapatan sampingan. Aktiviti online yang bukan percuma, bukan sekadar sengaja melambungkan amaun bil internet, melainkan untuk tujuan pencarian sumber rezeki. Tidak sia-sia!

Semangat untuk terus berusaha selagi terdaya tambah berkobar-kobar dan atas alasan itu jugalah satu lagi blog baru saya terhasil. Haaa!! Yang inilah - Tovud Mokungkun - blog inspirasi untuk anak tersayang, Owel Fletcher, yang selalu siap sedia menagih untuk dibelikan barangan permainan. dan makanan kegemarannya. Perasaan bersyukur yang sentiasa mendahului segala-galanya kerana hasil jerih payah menatap komputer dan buat bisnes online yang bermacam-macam, dapat jugalah saya berbakti kepada anak kecil itu. Sumber inspirasi yang mungkin ganjil pada pendapat orang lain tapi yang menjadi lilin penyuluh kepada saya untuk selalu berusaha, tahu menghargai setiap peluang yang ada di hadapan,  terutamanya keikhlasan dalam semangat berbakti. dan nilai tanggungjawap. Semoga saja semangat dedikasi untuk Owel Fletcher yang menjadi model banner hadapan blog ini akan menjadi satu lagi kunci rezeki paling berkesan.

Bercakap tentang rezeki, sebenarnya kalau kita betul-betul tahu memanfaatkan aktiviti online kita khasnya dalam berblogging ni untuk menjadikannya sebagai satu saluran kepada sumber rezeki diri bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Sememangnya terdapat banyak cara untuk kita memanipulasikan blog menjadi medium kepada peluang ke arah pendapatan sampingan yang baik. Bukan setakat hobi penulisan yang sia-sia. Kadang-kadang saya pun hairan juga dengan kebanyakan blogger yang sanggup berjam-jam duduk di hadapan komputer mencetuskan idea ke atas blog mereka tapi at the end aktiviti itu tidak lebih daripada satu aktiviti yang sia-sia kerana selain pemakaian masa yang agak lama, bil Internet dan bil elektrik turut tersia-sia begitu sahaja. Kenapa tidak terlintas dalam benak mereka untuk menjadikan blog mereka sebagai satu sumber pendapatan yang halal dan berbaloi dengan usaha penulisan mereka? Jika diperhatikan kreativiti penulisan mereka hasil daripada cetusan idea-idea yang cukup berkualiti dan bernas sudah tentu mereka boleh menarik perhatian ramai pembaca untuk berulang-ulang berkunjung ke blog mereka, memberi mereka trafik yang hebat dan seterusnya mendatangkan rezeki kepada mereka. Kenapa biarkan blog hambar begitu sahaja?

Kepada para blogger di luar sana, khasnya anda yang masih belum mengambil inisiatif ke arah  perkara yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada hasil penulisan dan perkongsian anda, pergunakan peluang yang ada di hadapan. Selain penumpuan kepada isi kandungan post anda, berikan juga tumpuan kepada benda-benda yang turut mengiring post tersebut yang bakal dilihat oleh pengunjung-pengunjung anda apabila mereka tiba di blog anda. Jadikan blog anda sebagai tapak pengiklanan para pengiklan dan jana pendapatan daripadanya untuk kebaikan diri anda. Blog anda umpama sebidang tanah yang boleh disewakan kepada pengusaha untuk mendapatkan hasil yang mereka mahukan, di samping anda sendiri sebagai pemiliknya mendapat sedikit imbalan kerana kesudian anda membenarkan mereka berusaha di tapak blog anda.

Nantikan post saya yang seterusnya yang akan membincangkan tentang cara bagaimana anda boleh menjadikan blog anda sebagai satu tapak sumber pendapatan yang pasif untuk saku anda. bayangkan jika sehari anda boleh menjana RM50 untuk hasil penulisan dalam satu blog anda, darabkan dengan 30 hari, anda sudah boleh menjana RM300 sebulan tanpa disedari. Bagaimana jika anda mempunyai lebih daripada satu blog dan anda gandakan usaha penulisan anda dalam sehari, maksudnya anda buat lebih daripada yang biasa? Anda sahaja penentunya!! Apa yang menarik bagi saya sendiri ialah saya hanya melakukan aktiviti penulisan blog ini sebagai hobi dan menggunakan masa terluang saya selepas bekerja di siang hari. Kemudian saya gandakan pula pada setiap hujung minggu, hasilnya saya mampu memiliki pendapatan sampingan yang cukup untuk mengseimbangkan gaji bulanan saya. Sekian untuk kali ini, semoga post ini sedikit-sebanyak dapat mencetuskan motivasi dalam diri anda!