15 March 2011

Si Kecil - Inspirasi Blog Paling Besar

Kadang-kadang penat juga badan apabila terlalu lama menatap komputer tapi boleh dikatakan berbaloi sebab komputer inilah antara medium paling mesra bagi saya untuk mencari pendapatan sampingan. Aktiviti online yang bukan percuma, bukan sekadar sengaja melambungkan amaun bil internet, melainkan untuk tujuan pencarian sumber rezeki. Tidak sia-sia!

Semangat untuk terus berusaha selagi terdaya tambah berkobar-kobar dan atas alasan itu jugalah satu lagi blog baru saya terhasil. Haaa!! Yang inilah - Tovud Mokungkun - blog inspirasi untuk anak tersayang, Owel Fletcher, yang selalu siap sedia menagih untuk dibelikan barangan permainan. dan makanan kegemarannya. Perasaan bersyukur yang sentiasa mendahului segala-galanya kerana hasil jerih payah menatap komputer dan buat bisnes online yang bermacam-macam, dapat jugalah saya berbakti kepada anak kecil itu. Sumber inspirasi yang mungkin ganjil pada pendapat orang lain tapi yang menjadi lilin penyuluh kepada saya untuk selalu berusaha, tahu menghargai setiap peluang yang ada di hadapan,  terutamanya keikhlasan dalam semangat berbakti. dan nilai tanggungjawap. Semoga saja semangat dedikasi untuk Owel Fletcher yang menjadi model banner hadapan blog ini akan menjadi satu lagi kunci rezeki paling berkesan.

Bercakap tentang rezeki, sebenarnya kalau kita betul-betul tahu memanfaatkan aktiviti online kita khasnya dalam berblogging ni untuk menjadikannya sebagai satu saluran kepada sumber rezeki diri bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Sememangnya terdapat banyak cara untuk kita memanipulasikan blog menjadi medium kepada peluang ke arah pendapatan sampingan yang baik. Bukan setakat hobi penulisan yang sia-sia. Kadang-kadang saya pun hairan juga dengan kebanyakan blogger yang sanggup berjam-jam duduk di hadapan komputer mencetuskan idea ke atas blog mereka tapi at the end aktiviti itu tidak lebih daripada satu aktiviti yang sia-sia kerana selain pemakaian masa yang agak lama, bil Internet dan bil elektrik turut tersia-sia begitu sahaja. Kenapa tidak terlintas dalam benak mereka untuk menjadikan blog mereka sebagai satu sumber pendapatan yang halal dan berbaloi dengan usaha penulisan mereka? Jika diperhatikan kreativiti penulisan mereka hasil daripada cetusan idea-idea yang cukup berkualiti dan bernas sudah tentu mereka boleh menarik perhatian ramai pembaca untuk berulang-ulang berkunjung ke blog mereka, memberi mereka trafik yang hebat dan seterusnya mendatangkan rezeki kepada mereka. Kenapa biarkan blog hambar begitu sahaja?

Kepada para blogger di luar sana, khasnya anda yang masih belum mengambil inisiatif ke arah  perkara yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada hasil penulisan dan perkongsian anda, pergunakan peluang yang ada di hadapan. Selain penumpuan kepada isi kandungan post anda, berikan juga tumpuan kepada benda-benda yang turut mengiring post tersebut yang bakal dilihat oleh pengunjung-pengunjung anda apabila mereka tiba di blog anda. Jadikan blog anda sebagai tapak pengiklanan para pengiklan dan jana pendapatan daripadanya untuk kebaikan diri anda. Blog anda umpama sebidang tanah yang boleh disewakan kepada pengusaha untuk mendapatkan hasil yang mereka mahukan, di samping anda sendiri sebagai pemiliknya mendapat sedikit imbalan kerana kesudian anda membenarkan mereka berusaha di tapak blog anda.

Nantikan post saya yang seterusnya yang akan membincangkan tentang cara bagaimana anda boleh menjadikan blog anda sebagai satu tapak sumber pendapatan yang pasif untuk saku anda. bayangkan jika sehari anda boleh menjana RM50 untuk hasil penulisan dalam satu blog anda, darabkan dengan 30 hari, anda sudah boleh menjana RM300 sebulan tanpa disedari. Bagaimana jika anda mempunyai lebih daripada satu blog dan anda gandakan usaha penulisan anda dalam sehari, maksudnya anda buat lebih daripada yang biasa? Anda sahaja penentunya!! Apa yang menarik bagi saya sendiri ialah saya hanya melakukan aktiviti penulisan blog ini sebagai hobi dan menggunakan masa terluang saya selepas bekerja di siang hari. Kemudian saya gandakan pula pada setiap hujung minggu, hasilnya saya mampu memiliki pendapatan sampingan yang cukup untuk mengseimbangkan gaji bulanan saya. Sekian untuk kali ini, semoga post ini sedikit-sebanyak dapat mencetuskan motivasi dalam diri anda!