Kita memang tidak dapat nafikan bahawa Jepun merupakan Dunia Inovasi Robot. Ciptaan terbaru Jepun sangat mengujakan kerana setapak lagi negara ini meletakkan penguasaan rakyatnya dalam kepintaran digital. Di pasaran sekarang ialah robot ciptaan yang berbentuk menyerupai manusia sebenar dan berkebolehan untuk membuat pemerhatian dan menyanyi. Sebelum penciptaan robot ini, kita telah disajikan dengan satu jenis robot yang boleh meniru dan membuat mimik wajah seseorang.
Robot terbaru ini dinamakan sebagai HRP-4 Diva Bot dan robot ini boleh disesuaikan dengan bunyi penyanyi sebenar termasuk meniru ekspresi wajah penyanyi berkenaan. Bagi membolehkan HRP-4 Diva Bot berfungsi, ia perlu diutilizekan ( siou! tiada perkataan BM yang sesuai untuk saya guna ) dengan program VocalListener bagi membolehkannya memperhati gerakan mulut dan seterusnya mengingat not-not suara penyanyi yang hendak ditiru.


No comments:
Post a Comment