Kemajuan dalam peningkatan kepantasan pengaliran kandungan bandwidth nampaknya semakin menjadi-jadi sekarang ini. Permintaan ke atas peningkatan kelajuan Internet oleh kalangan pengguna juga nampaknya seakan-akan mendesak para penyedia perkhidmatan berlumba-lumba mempertingkatkan mutu perkhidmatan Internet masing-masing. Jika dengan kelajuan 256 kbps pengguna mengambil masa hampir 1½ hari untuk memuat-turun satu fail movie berkualiti tinggi, tapi dengan sambungan kelajuan 100 Mbps ianya hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Satu perbezaan yang sangat ketara.
Sambungan broadband talian tetap (wired) nampaknya jatuh mendadak dari segi harga sebanyak 42% di antara tahun 2008 dan 2009. Namun, kadar tersebut berbeza di antara satu negara dengan satu negara yang lain. Di negara membangun, sambungan jalur lebar tetap bagi entry-level berharga mencecah ratus dollar berbanding di negara maju yang hanya sekitar beberapa puluh dollar sebulan.
Senario ini memberi implikasi yang cukup bermakna kepada penyedia-penyedia perkhidmatan ICT dan mereka mengambil peluang dengan menyediakan perkhidmatan Internet yang lebih murah kepada pengguna yang menggunakan peranti bimbit.
Negara Jepun misalnya yang merupakan pusat kepada kemajuan teknologi paling pantas di dunia dengan pengeluaran pelbagai peranti dan barangan berteknologi tinggi, nampaknya mendahului mana-mana negara di dunia dari segi perkhidmatan internet secara penggunaan sambungan jalur lebar. Para pengguna di Jepun dapat melayari Internet pada kadar kelajuan 60 Mbps. Itu bertepatan dengan 15 kali lebih laju berbanding dengan apa yang dapat dinikmati oleh pengguna di Malaysia. Mari kita perhatikan graf di bawah yang menunjukkan perbezaan kadar kelajuan perkhidmatan jalur lebar mengikut negara.
Nampaknya kita di Malaysia masih jauh ketinggalan tapi kita bersyukur dengan kelajuan jalur lebar 7.2 Mbps yang ada sekarang ini dan kita berharap agar usaha-usaha oleh penyedia-penyedia rangkaian yang begitu kompeten meningkatkan perkhidmatan jalur lebar masing-masing akan berterusan.
Wah! Bayangkan di negara Jepun para penggunanya memuat-turun sesuatu fail movie atau muzik pada kelajuan 60 Mbps... Zuuuuppp! Walaaaaa!!!... sepantas kilat sudah boleh santai menikmatinya. Kemampuan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara lain. Tapi pada kelajuan sepantas itu, pada pendapat saya tidak perlulah muat-turun lagi, cukup dengan streamming sahaja. One day.. Malaysia.. One day!! Lambat-lambat sekarang ini kita tetap bersyukur dengan suasana negara ini yang terhindar daripada pelbagai malapetaka bencana alam. Heheheee!!!


No comments:
Post a Comment