Nampaknya kebanyakan orang masih hangat memperkatakan tentang fenomena gempa bumi yang disusuli oleh fenomena Tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 lalu yang turut memberi kesan kepada beberapa persisiran pantai di beberapa negara lain. Bencana alam yang berlaku di Jepun itu yang mengorbankan beribu-ribu nyawa sememangnya menjadi peringatan kepada setiap orang akan kuasa Tuhan yang itu tidak boleh dibendung oleh apa-apa kuasa lainpun. Reaktor nuklear yang bocor baru-baru ini membawa kebimbangan kepada seluruh dunia.
Belumpun surut orang memperkatakan tentang malapetaka di Jepun itu, kita disajikan pula dengan satu lagi fenomena alam yang akan berlaku pada 19 Mac 2011 ini . Ya, satu lagi fenomena alam bakal terjadi!! Fenomena yang digelar sebagai Supermoon ini akan menyaksikan kedudukan bulan yang akan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Pada tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan bulan penuh. Mungkin kerana keadaan itu yang menyebabkan para saintis mengelarkan fenomena seterusnya ini sebagai "Supermoon". Wah! Kita boleh bayangkan saiz bulan yang boleh dilihat dari permukaan bumi pada waktu itu nanti. Apa yang pasti ialah ia akan kelihatan lebih jelas dan lebih dekat serta besar dari biasa.
Apa mungkinkah kedudukan bulan yang akan berada lebih dekat dengan bumi pada waktu itu akan menyebabkan bencana alam yang seterusnya? Menarik untuk diketahui, bukan? Ramai yang sudah mempelajari matapelajaran Sains dan hampir semua orang tahu bahawa kedudukan bulan yang lebih hampir kepada bumi akan menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Kita juga sudah belajar bahawa tarikan graviti bulan mempunyai pengaruh ke atas pasang surut air laut di bumi. Apakah tarikh 19 Mac 2011 ini juga akan menyaksikan kepada kita satu lagi fenomena tsunami pada tarikh itu nanti? Sukar diduga!
Menurut sumber-sumber teknologi cuaca, bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi memang akan berlaku pada waktu itu nanti tetapi mereka tidak ada menyebut tentang fenomena Tsunami. Di pihak yang lain khasnya para astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini akan mempengaruhi mana-mana bencana alam yang teruk. Pheww!! Baguslah kalau macam itu. Jadi, orang ramai tidak perlu risau sangat tentang kesan-kesan yang akan berlaku semasa fenomena Supermoon ini berlangsung. Dalam erti kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa sepertimana yang biasa kita lalui setiap bulan. Para pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta oleh ahli-ahli astronomi tersebut. Walau bagaimanapun, apa yang saya kongsikan dalam post kali ini bukanlah sumber maklumat yang muktamad mengenai fenomena Supermoon pada 19 Mac 2011 ini nanti kerana saya menulis post ini berdasarkan maklumat-maklumat yang saya baca dari pelbagai sumber juga. Teruskan update diri anda dengan pengumuman-pengumuman dari badan-badan professional berkaitan untuk memastikan tahap fenomena Supermoon ini.
Jika kedudukan bulan pada tarikh 19 Mac 2011 itu berada pada jarak 356 577 Kilometer sudah dianggap begitu dekat tapi tahukah anda bahawa fenomena Supermoon yang kedua yang bakal berlaku pada tahun 2014 akan menyaksikan kedudukan bulan yang lebih dekat lagi iaitu pada jarak 356 511 Kilometer. Jika fenomena Supermoon yang pertama ini akan menyebabkan bencana alam kecil-kecilan seperti ribut dan hujan lebat dari biasa, bagaimana pada tahun 2014 nanti???


No comments:
Post a Comment