22 March 2011

Cara Tingkatkan PageRank Blog Anda!!


Ok, let’s talk about PageRank!! Hehee! Siapalah yang tidak mahu PageRank Google untuk blognya meningkat, kaaaannn?

Untuk post kali ini, saya bukanlah mahu memperkatakan tentang perkhidmatan Google PageRank kerana anda mungkin sudahpun tahu mengenainya. Jadi terus saja kepada persoalan pokok iaitu cara mudah untuk bagaimana tingkatkan update PageRank oleh Google untuk blog anda dari blogger ke blogger lain. Sama-sama tolong, tolong sama-sama!!

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat  satu post baru pada hari ini dengan penumpuan kepada sharing kandungan post saya ini dengan rakan-rakan blogger yang lain. Dalam post terbaru anda itu, silalah letakkan link-link berikut mengikut susunan 1 hingga 10. Tapi ingat, bagi link no. 1 hingga no.9 anda harus klik kanan dan “Open Link In New Windows” (pengguna Firefox) atau “Open In New Windows” (pengguna Internet Explorer) atau arahan serupa pada browser lain yang anda gunakan. Link no. 10 tidak perlu klik, memang sudah di depan mata anda pun sekarang. Hehee!!

1.   FaktaBeredar
3.   HakikiSirius
4.   HukmulIslam
5.   Albarmadlrc
8.   BelajarBlog
9.   AboutIt
10. Tovud

Seterusnya, sebelum anda meletakkan link-link di atas ke dalam post khas anda pada hari ini, anda kenalah menghapuskan peserta yang berada pada kedudukan no. 1 dari senarai daftar di atas. Maksudnya, setiap link peserta akan naik 1 level anak tangga. Link peserta no. 2 naik ke no. 1, link peserta no. 3 naik pula ke no. 2, dan begitulah seterusnya. Kemudian kedudukan no. 10 itu akan kosong, haaa!!... di situlah anda akan letakkan alamat link blog anda. Anda jadi peserta link no. 10.

Kebaikannya, misal kata jika setiap peserta berjaya mengajak 5 orang share dan post artikel yang sama ini di blog mereka masing-masing, maka jumlah Back Link yang akan diperolehi ialah seperti berikut:

Ketika anda berada pada posisi no.10, jumlah Back Link yang anda dapat ialah = 1

Posisi no. 9, jumlah Back Link = 5
Posisi no. 8, jumlah Back Link = 25
Posisi no. 7, jumlah Back Link = 125
Posisi no. 6, jumlah Back Link = 625
Posisi no. 5, jumlah Back Link = 3,125
Posisi no. 4, jumlah Back Link = 15,625
Posisi no. 3, jumlah Back Link = 78,125
Posisi no. 2, jumlah Back Link = 390,625
Posisi no. 1, jumlah Back Link = 1,953,125

Agar tetap menarik, kekalkan NAMA link yang sudah disediakan oleh rakan-rakan blogger sebelum anda, jangan pula diubah menjadi alamat link, anda seharusnya pautkan alamat link mereka masing-masing kepada nama link sedia ada seperti yang terdapat dalam post ini.

Secara SEO, apabila anda lakukan share post ini,  anda sudah mendapatkan 1,953,125 BackLink untuk blog anda. Kesan positifnya, jika pengunjung blog para blogger yang tersenarai di sini mengklik link-link yang ada, anda telah membantu mereka mendapatkan trafik tambahan untuk mereka. Anda juga akan mendapat balasan kebaikan yang sama.

Ok, rakan-rakan blogger, silalah Copy-Paste artikel ini sekarang dan jadikanlah ia post istimewa anda untuk hari ini. Jangan lupa, gugurkan peserta yang berada pada kedudukan no. 1, masukkan Nama Link pilihan anda dan pautkan dengan alamat link blog anda pada kedudukan no. 10. Jika anda mahu jumlah Back Link yang banyak, janganlah haloba!! Dapatkan impak maksima! Anda harus berada pada kedudukan no. 10 dahulu kerana jika anda cuba-cuba letakkan posisi anda pada kedudukan no. 1, rakan blogger lain yang akan melakukan hal ini dengan jujur akan menggugurkan anda begitu sahaja kerana dia akan memasukkan alamat link blognya pada kedudukan no. 10.

Jangan lupa klik link dari no. 1 hingga no. 9 ya. Anda tidak perlu menyukai link-link tersebut untuk anda membukanya, lakukan kerana anda faham yang anda sedang membantu sesama blogger. Jika kebetulan blog mereka menarik dan bersesuaian dengan citarasa anda, jadilah follower. Jika tidak suka, halakan tetikus ke penjuru atas kanan dan klik ‘X’ untuk permisi. :-D

GooooodLuck!!

Post artikel ini hanya sesuai untuk bacaan para bloggers. Jika anda hanyalah pengunjung biasa yang sedang mencari bahan bacaan biasa, oh oow!! Sorry, silap landing atas artikel ni la tuuuu!! Byeeee!!!


21 March 2011

Google Circles - Selamat Tinggal Facebook??


Lagi desas-desus tentang taktik Google untuk bersaing dengan Facebook.  Jika desas-desus itu benar, maka tidak lama lagi Google  akan melancarkan rangkaian sosial baru yang disebut sebagai "Google Circles". Desas-desus itu kini sangat hangat diperkatakan oleh pemerhati-pemerhati Internet kerana ia seolah-olah satu versi terbaru dari rangkaian "Google Me" iaitu rangkaian sosial yang seharusnya telahpun memulakan operasi tahun lalu tapi nampaknya hanya tinggal impian. Menurut kenyataan oleh Silicon Valley, Google Circles merupakan projek rahsia rangkaian sosial yang direka oleh Google untuk membawa kawalan dan kejelasan untuk apa yang bakal para pengguna inginkan dalam perkongsian dan dengan siapa mereka mahu dihubungkan. Ideanya ialah pengguna akan mempunyai beberapa "Circles" (lingkungan) atau rangkaian yang terdiri daripada  "Ahli Keluarga," "Saudara-mara," "Rakan Sekerja," "Kawan-kawan Rapat," "Kawan-kawan Lama," dan pelbagai lagi. Seterusnya pengguna boleh menetapkan segala sesuatu yang berkaitan dengan “Post” sesuai dengan tema rangkaian yang melihatnya.

Walau bagaimanapun, Google menyangkal desas-desus kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa strategi syarikat buat masa kini hanyalah ingin menambah-baik dan menghangatkan lagi pelbagai ciri sosial ke dalam kebanyakan produk perkhidmatan Google sedia ada. Google dalam kenyataannya tidak mengatakan “Ya” kepada kemunculan Google Circle tapi pada masa yang sama Google juga tidak menafikan kemungkinan tersebut. Bagi pemerhatian segelintir pihak, mereka mengatakan bahawa hanya ada dua kemungkinan dalam penentuan pendekatan berbeza yang boleh digunakan oleh Google jika ia benar-benar ingin bersaing dengan raja rangkaian sosial Facebook dan seterusnya memenangi persaingan siapa punya rangkaian sosial lebih hebat.

Cara pertama ialah merealisasikan kemunculan Google Circles dan membuatnya mempunyai ciri-ciri  yang lebih daripada apa yang terdapat di Facebook,. Google Circles juga harus bijak menanggalkan ciri-ciri yang tidak disukai oleh pengguna yang terdapat di Facebook. Namun, apa yang paling penting dalam tindakan tersebut ialah menempatkan pengguna di bawah kawalan yang terbaik yang boleh membuat mereka berasa selamat dalam kawalan tersebut terutamanya yang berkaitan dengan maklumat peribadi mereka. Cara kedua untuk menang bersaing ialah dengan membuat pengguna dapat menyedari adanya  perkhidmatan Google yang benar-benar bercirikan sosial penuh, tidak seperti yang terdapat dalam kebanyakan perkhidmatan lain oleh Google yang mana pengguna tidak dapat berasa nikmat sebenar maksud sosial tersebut.

Mampukah Google melakukan kedua-dua strategi tersebut? Jika ada kemahuan untuk benar-benar bersaing, tidak mustahil Google akan bertindak lebih baik dengan mempertimbangkan pandangan-pandangan daripada para pengguna. Kebaikannya, Google akan menerajui perkhidmatan rangkaian sosial terhebat di dunia mengalahkan Facebook. Tetapi, jika dilihat pada strategi Google sebelum ini dalam pembikinan pelbagai perkhidmatannya, pandangan pengguna hanya tinggal pandangan begitu sahaja, belum ada perkhidmatan sosial oleh Google yang benar-benar berjaya membuat pengguna berasa seronok dan nikmat sepertimana yang ditawarkan oleh Facebook.

Jika anda kurang memahami maksud yang cuba diutarakan ini, cuba lihat pada ciri “Google Dashboard” oleh Google. Ketika Google melancarkannya lebih kurang satu setengah tahun yang lalu, akhbar-akhbar laman maya memaparkan bukti bahawa Google terlalu mengetahui tentang maklumat dan latar belakang penggunanya kerana Google mencatat dan menyenaraikan segala maklumat pengguna apabila mereka menggunakan perkhidmatan Google termasuk maklumat yang berkaitan dengan sejarah carian. Jika anda lihat sendiri Google Dashboard masing-masing, anda akan menyedari bahawa anda jauh lebih terikat kepada Google berbanding Facebook kerana  Google memiliki address book anda yang diserasikan pula dengan smartphone anda. Demikian pula dengan blog anda sendiri, pemerhatian ke atas kalendar anda, malah Google tahu maklumat berkaitan kad kredit anda. Lebih ke hadapan daripada itu ialah Google bahkan tahu lokasi di mana anda berada melalui perkhidmatan  Google Latitude. Google mengetahui penggunanya dengan begitu baik dan terperinci melalui pelbagai produk perkhidmatan yang ditawarkannya.

Sekiranya Google mengintegrasikan segala kelebihan yang ia miliki ini menjadi satu pakej dan dipersembahkan melalui satu rangkaian sosial, sudah pasti semua itu akan dapat membantu penggunanya mempunyai lebih ramai rakan berbanding Facebook. Pengguna akan dapat mengekalkan hubungan berpanjangan dengan rakan-rakan, berkongsi address book yang nyata benar-benar bermanfaat bagi tujuan perhubungan pengguna, diserasikan pula dengan ciri kalendar dan kemampuan untuk membeli barang dengan hanya satu klik. Dalam erti kata lain, jika Google benar-benar mahu melancarkan Google Circles, rangkaian sosial yang baru itu sudah pasti akan menjadi pesaing paling terbilang, kerana sebagai ahli di dalamnya, pengguna akan menyukainya untuk satu jangka masa yang panjang, apatah lagi dengan ciri yang memampukan pengguna untuk mempunyai ratusan atau ribuan rakan-rakan yang sesuai dengan citarasa mereka yang boleh dipadankan melalui maklumat yang relevan dengan maklumat peribadi pengguna sendiri.

Jadi, sudah seharusnyalah Google mempertimbangkan pandangan pengguna dan para pemerhati yang ternyata boleh masuk akal. Google perlu bersifat lebih telus dan mempunyai keterbukaan dalam hal itersebut. Ini akan memberi kelebihan kepada Google untuk memenuhi kehendak pengguna dengan lebih jelas dan tepat serta mampu menampilkan ciri-ciri kawalan ke atas perkongsian sosial yang lebih luas. Apa-apapun, keputusan terbaik berada di tangan Google sendiri. Kenyataannya para pengguna telahpun sekian lama menggunakan perkhidmatan sosial Google secara sedar dan tidak sedar.

Jika sebelum ini Google sudahpun membuktikan kepada dunia bahawa ia boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan Yahoo melalui perkhidmatan enjin cariannya, demikian pula dengan kejayaannya bersaing dengan Hotmail apabila ia menjadi antara penyedia perkhidmatan email terbaik melalui GMail dan sekali lagi ia buktikan melalui perkhidmatan browser Google Chrome dalam usahanya untuk bersaing dengan Mozilla Firefox, dan banyak lagi usahanya sebelum ini yang tidak boleh dinafikan oleh banyak pihak, maka tidak mustahil impiannya untuk cuba bersaing dengan Facebook dalam menerajui perkhidmatan rangkaian sosial sudah pasti boleh tercapai.

Segala-galanya adalah mungkin bagi Google walaupun perlu mengambil masa lagi untuk membuat penyelidikan dan kajian tentang bagaimana ia boleh menarik minat pengguna melalui persembahan yang telus seperti yang dilakukan oleh Facebook. Jadi, walaupun Google masih tersipu-sipu  mahu mengakui kebenaran mengenai projek Google Circle tersebut atau mungkin juga ditukar namanya kepada yang lebih sesuai, apa yang menjadi penantian setiap orang ialah apakah ciri-ciri yang bakal ditawarkan oleh Google Circle yang tidak terdapat dalam MySpace, Twitter dan Facebook yang mampu meletakkan rangkaian sosial gaya Google sebagai rangkaian sosial nombor 1 dunia?

* Facebook is the best at the moment but Friendster will always be my lovely baby, even after having created an account or two with Google Circles tomorrow.  :-D

15 March 2011

Si Kecil - Inspirasi Blog Paling Besar

Kadang-kadang penat juga badan apabila terlalu lama menatap komputer tapi boleh dikatakan berbaloi sebab komputer inilah antara medium paling mesra bagi saya untuk mencari pendapatan sampingan. Aktiviti online yang bukan percuma, bukan sekadar sengaja melambungkan amaun bil internet, melainkan untuk tujuan pencarian sumber rezeki. Tidak sia-sia!

Semangat untuk terus berusaha selagi terdaya tambah berkobar-kobar dan atas alasan itu jugalah satu lagi blog baru saya terhasil. Haaa!! Yang inilah - Tovud Mokungkun - blog inspirasi untuk anak tersayang, Owel Fletcher, yang selalu siap sedia menagih untuk dibelikan barangan permainan. dan makanan kegemarannya. Perasaan bersyukur yang sentiasa mendahului segala-galanya kerana hasil jerih payah menatap komputer dan buat bisnes online yang bermacam-macam, dapat jugalah saya berbakti kepada anak kecil itu. Sumber inspirasi yang mungkin ganjil pada pendapat orang lain tapi yang menjadi lilin penyuluh kepada saya untuk selalu berusaha, tahu menghargai setiap peluang yang ada di hadapan,  terutamanya keikhlasan dalam semangat berbakti. dan nilai tanggungjawap. Semoga saja semangat dedikasi untuk Owel Fletcher yang menjadi model banner hadapan blog ini akan menjadi satu lagi kunci rezeki paling berkesan.

Bercakap tentang rezeki, sebenarnya kalau kita betul-betul tahu memanfaatkan aktiviti online kita khasnya dalam berblogging ni untuk menjadikannya sebagai satu saluran kepada sumber rezeki diri bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Sememangnya terdapat banyak cara untuk kita memanipulasikan blog menjadi medium kepada peluang ke arah pendapatan sampingan yang baik. Bukan setakat hobi penulisan yang sia-sia. Kadang-kadang saya pun hairan juga dengan kebanyakan blogger yang sanggup berjam-jam duduk di hadapan komputer mencetuskan idea ke atas blog mereka tapi at the end aktiviti itu tidak lebih daripada satu aktiviti yang sia-sia kerana selain pemakaian masa yang agak lama, bil Internet dan bil elektrik turut tersia-sia begitu sahaja. Kenapa tidak terlintas dalam benak mereka untuk menjadikan blog mereka sebagai satu sumber pendapatan yang halal dan berbaloi dengan usaha penulisan mereka? Jika diperhatikan kreativiti penulisan mereka hasil daripada cetusan idea-idea yang cukup berkualiti dan bernas sudah tentu mereka boleh menarik perhatian ramai pembaca untuk berulang-ulang berkunjung ke blog mereka, memberi mereka trafik yang hebat dan seterusnya mendatangkan rezeki kepada mereka. Kenapa biarkan blog hambar begitu sahaja?

Kepada para blogger di luar sana, khasnya anda yang masih belum mengambil inisiatif ke arah  perkara yang boleh membawa kebaikan dan keuntungan kepada hasil penulisan dan perkongsian anda, pergunakan peluang yang ada di hadapan. Selain penumpuan kepada isi kandungan post anda, berikan juga tumpuan kepada benda-benda yang turut mengiring post tersebut yang bakal dilihat oleh pengunjung-pengunjung anda apabila mereka tiba di blog anda. Jadikan blog anda sebagai tapak pengiklanan para pengiklan dan jana pendapatan daripadanya untuk kebaikan diri anda. Blog anda umpama sebidang tanah yang boleh disewakan kepada pengusaha untuk mendapatkan hasil yang mereka mahukan, di samping anda sendiri sebagai pemiliknya mendapat sedikit imbalan kerana kesudian anda membenarkan mereka berusaha di tapak blog anda.

Nantikan post saya yang seterusnya yang akan membincangkan tentang cara bagaimana anda boleh menjadikan blog anda sebagai satu tapak sumber pendapatan yang pasif untuk saku anda. bayangkan jika sehari anda boleh menjana RM50 untuk hasil penulisan dalam satu blog anda, darabkan dengan 30 hari, anda sudah boleh menjana RM300 sebulan tanpa disedari. Bagaimana jika anda mempunyai lebih daripada satu blog dan anda gandakan usaha penulisan anda dalam sehari, maksudnya anda buat lebih daripada yang biasa? Anda sahaja penentunya!! Apa yang menarik bagi saya sendiri ialah saya hanya melakukan aktiviti penulisan blog ini sebagai hobi dan menggunakan masa terluang saya selepas bekerja di siang hari. Kemudian saya gandakan pula pada setiap hujung minggu, hasilnya saya mampu memiliki pendapatan sampingan yang cukup untuk mengseimbangkan gaji bulanan saya. Sekian untuk kali ini, semoga post ini sedikit-sebanyak dapat mencetuskan motivasi dalam diri anda!

ChurpChurp - A Chance Not To Miss Out


 

ARE YOU

* Facebook and Twitter freak ? 24/7 updating Facebook and Twitter status.
* Love to share awesome news with your friends ?
* Love to be rewarded ?
* Love making new friends and join community ?

Join ChurpChurp today!!

Click Here to sign-up!!

Ready to burst out all the latest awesome news to your friends?
Get rewarded by doing so!
Bring your friends to sign up today and get rewarded
RM 1.00 per friend invited.


The more, the merrier!

Upaya Scroll Button Tetikus

"Hai awak!" bilang yg sana sabarang. Klu yg sini2 pla bilang "Bah! Macam? OK?"

Bah! Post kali ini sy nda mo buat pnjg2, jd kita "PENNNDEKKAN!"

Kamurang tau tu mouse kn (bkn tikus tp tetikus), kamu tau kaitu Scroll Button dia tu? Tau kn? Ok! Selain drpd kamurang guna utk scroll up & scroll down satu2 page, kamurang rasa2 apa lg kamurang bule buat sama itu Scroll Button?

Nah! Ini sngt brguna kpd kamurang yg suka noh kopio menginternet... itu Scroll Button tu kn sbenarnya kamurang bule guna utk buka tab baru (Open New Tab) browser kamurang. Caranya senang ja, kamurang kasi tunjuk itu cursor pd mana2 link atau gambar yg ada link, kmudian kamurang tekan (klik) itu Scroll Button.

Bah! cuba kunu kamurang experiment skrg... cuba kamurang tunjuk ni gambar d bwh ni lapas tu klik tu Scroll Button. Open sesame!!.. Walaaa!!.. Tab yg baru pn trbukalah!!

Bagus kaaannn!!!... nda lg payah takan2 tu butang Back utk balik ke page sblm. Skrg dua2 page bule kamurang hantam!

Bagi yg memang tau sedia ni teknik, diam2!! Nda payah cakap "Cehhh! Itu2 sj pn!!"

Heheheheheee!!!....


14 March 2011

Fenomena Supermoon 2011


Nampaknya kebanyakan orang masih hangat memperkatakan tentang fenomena gempa bumi yang disusuli oleh fenomena Tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 lalu yang turut memberi kesan kepada beberapa persisiran pantai di beberapa negara lain. Bencana alam yang berlaku di Jepun itu yang mengorbankan beribu-ribu nyawa sememangnya menjadi peringatan kepada setiap orang akan kuasa Tuhan yang itu tidak boleh dibendung oleh apa-apa kuasa lainpun. Reaktor nuklear yang bocor baru-baru ini membawa kebimbangan kepada seluruh dunia.

Belumpun surut orang memperkatakan tentang malapetaka di Jepun itu, kita disajikan pula dengan satu lagi  fenomena alam yang akan berlaku pada 19 Mac 2011 ini . Ya, satu lagi fenomena alam bakal terjadi!! Fenomena yang digelar sebagai Supermoon ini akan menyaksikan kedudukan bulan yang akan berada lebih dekat dari jarak biasa orbit iaitu pada jarak 356 577 Kilometer berbanding jarak purata adalah 384 403 kilometer. Pada tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan bulan penuh. Mungkin kerana keadaan itu yang menyebabkan para saintis mengelarkan fenomena seterusnya ini sebagai "Supermoon". Wah! Kita boleh bayangkan saiz bulan yang boleh dilihat dari permukaan bumi pada waktu itu nanti. Apa yang pasti ialah ia akan kelihatan lebih jelas dan lebih dekat serta besar dari biasa.


Apa mungkinkah kedudukan bulan yang akan berada lebih dekat dengan bumi pada waktu itu akan menyebabkan bencana alam yang seterusnya? Menarik untuk diketahui, bukan? Ramai yang sudah mempelajari matapelajaran Sains dan hampir semua orang tahu bahawa kedudukan bulan yang lebih hampir kepada bumi akan menghasilkan tarikan graviti yang tinggi. Kita juga sudah belajar bahawa tarikan graviti bulan mempunyai pengaruh ke atas pasang surut air laut di bumi. Apakah tarikh 19 Mac 2011 ini juga akan menyaksikan kepada kita satu lagi fenomena tsunami pada tarikh itu nanti? Sukar diduga!

Menurut sumber-sumber teknologi cuaca, bencana alam seperti hujan ribut, gempa bumi memang akan berlaku pada waktu itu nanti tetapi mereka tidak ada menyebut tentang fenomena Tsunami. Di pihak yang lain khasnya para astronomi menafikan bahawa fenomena Supermoon ini akan mempengaruhi mana-mana bencana alam yang teruk. Pheww!! Baguslah kalau macam itu. Jadi, orang ramai tidak perlu risau sangat tentang kesan-kesan yang akan berlaku semasa fenomena Supermoon ini berlangsung. Dalam erti kata lain fenomena ini hanyalah bulan penuh yang biasa sepertimana yang biasa kita lalui setiap bulan. Para pakar geologi dari USGS juga menyokong fakta oleh ahli-ahli astronomi tersebut. Walau bagaimanapun, apa yang saya kongsikan dalam post kali ini bukanlah sumber maklumat yang muktamad mengenai fenomena Supermoon pada 19 Mac 2011 ini nanti kerana saya menulis post ini berdasarkan maklumat-maklumat yang saya baca dari pelbagai sumber juga. Teruskan update diri anda dengan pengumuman-pengumuman dari badan-badan professional berkaitan untuk memastikan tahap fenomena Supermoon ini. 

Jika kedudukan bulan pada tarikh 19 Mac 2011 itu berada pada jarak 356 577 Kilometer sudah dianggap begitu dekat tapi tahukah anda bahawa fenomena Supermoon yang kedua yang bakal berlaku pada tahun 2014 akan menyaksikan kedudukan bulan yang lebih dekat lagi iaitu pada jarak 356 511 Kilometer. Jika fenomena Supermoon yang pertama ini akan menyebabkan bencana alam kecil-kecilan seperti ribut dan hujan lebat dari biasa, bagaimana pada tahun 2014 nanti???

Manusia Robot Menyanyi


Kita memang tidak dapat nafikan bahawa Jepun merupakan Dunia Inovasi Robot. Ciptaan terbaru Jepun sangat mengujakan kerana setapak lagi negara ini meletakkan penguasaan rakyatnya dalam kepintaran digital. Di pasaran sekarang ialah robot ciptaan yang berbentuk menyerupai manusia sebenar dan berkebolehan untuk membuat pemerhatian dan menyanyi. Sebelum penciptaan robot ini, kita telah disajikan dengan satu jenis robot yang boleh meniru dan membuat mimik wajah seseorang.


Robot terbaru ini dinamakan sebagai HRP-4 Diva Bot dan robot ini boleh disesuaikan dengan bunyi penyanyi sebenar termasuk meniru ekspresi wajah penyanyi berkenaan. Bagi membolehkan HRP-4 Diva Bot berfungsi, ia perlu diutilizekan ( siou! tiada perkataan BM yang sesuai untuk saya guna ) dengan program VocalListener bagi membolehkannya memperhati gerakan mulut dan seterusnya mengingat not-not suara penyanyi yang hendak ditiru.

Jom! Belajar Percussive Guitar!!

Jom! Mari kita belajar teknik percussive guitar bersama Dale Campbell. Dia ni baru juga release album yang berjudul "How The Light Gets In". Antara raja gitar juga ni.

Pelajaran pertama di sini:


Pelajaran kedua di sini:


Pelajaran ketiga di sini:



Back Up Your Computer Drivers


Ok, untuk post kali ini, sy mo kongsi sama kamurang mcmana back up driver komputer kamurang. Ya la, kadang-kadang sedang kita siuk pakai komputer tiba-tiba dia meragam nda tentu pasal kn. Check punya check rupa2nya suda jd kandang ternakan virus rupanya, siap dgn karabat2 dia lg c trojan, c intruder dan mcm2 lg la... brsukaria rupanya dorang dlm kandang ternakan kamurang tu. Hehee!! Tiada cara lain, trpaksa format tu komputer, itu antivirus nda bule lawan lg bah kn.... Tp slps d format, baru kamurang sedar tiada simpanan driver utk kgunaan komputer tu brfungsi to the best of its performance. Nahhhh!! Knapa kamurang nda back up dulu tu driver sblm format? Mcmana?? Kamurang tanya!!

Ini ada cara mudah! Kamu guna ini software nama dia “Driver Max”. Kamurang p download la dulu. Cara pakai pn senang saja ni.

Klu kamurang ada suda tu program, kasi install dia dlm komputer. Kemudian mulakan aktiviti memback up driver komputer kamurang.

Kasi aktif tu program Driver Max dan pilih "Driver backup and restore" utk backup semua driver yg trpasang sedia dlm komputer kamurang. Tengok paparan d bwh ni:


Slps tu, klik butang "Next" dan tunggu senarai driver dsusun olh program ni. Pilih la mana driver yg kamurang  mo back up tu. Kemudian klik "Next". Tengok paparan d bwh ni:


Ok, the final step ialah kamurang pilih d mana lokasi kamurang mo simpan itu fail back up driver. Tengok paparan d bwh ni:


Bagus kamurang save dlm pendrive la... atau slps kamurang slesai back up, kamurang burn p CD & simpan la bagus2!! Lain kali komputer kamurang perlu d format lg, senang la install balik tu driver kn. 

Peringatan: Ooohh ya! Driver yg suda d back up pakai ini program, hanya bule dkembalikn (pasang semula) mgunakn program ni jg. jd, slps kamurang format komputer kamurang, jgn lupa install balik ni program ke dlm komputer kamurang ya.

Kelajuan & Kemampuan Jalur Lebar (Broadband)


Kemajuan dalam peningkatan kepantasan pengaliran kandungan bandwidth nampaknya semakin menjadi-jadi sekarang ini.  Permintaan ke atas peningkatan kelajuan Internet oleh kalangan pengguna juga nampaknya seakan-akan mendesak para penyedia perkhidmatan berlumba-lumba mempertingkatkan mutu perkhidmatan Internet masing-masing.  Jika dengan kelajuan 256 kbps pengguna mengambil masa hampir 1½ hari untuk memuat-turun satu fail movie berkualiti tinggi, tapi dengan sambungan kelajuan 100 Mbps ianya hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Satu perbezaan yang sangat ketara.

Sambungan broadband talian tetap (wired) nampaknya jatuh mendadak dari segi harga sebanyak 42% di antara tahun 2008 dan 2009. Namun, kadar tersebut berbeza di antara satu negara dengan satu negara yang lain. Di negara membangun, sambungan jalur lebar tetap bagi entry-level berharga mencecah ratus dollar berbanding di negara maju yang hanya sekitar beberapa puluh dollar sebulan.

Senario ini memberi implikasi yang cukup bermakna kepada penyedia-penyedia perkhidmatan ICT dan mereka mengambil peluang dengan menyediakan perkhidmatan Internet yang lebih murah kepada pengguna yang menggunakan peranti bimbit.

Negara Jepun misalnya yang merupakan pusat kepada kemajuan teknologi paling pantas di dunia dengan pengeluaran pelbagai peranti dan barangan berteknologi tinggi, nampaknya mendahului mana-mana negara di dunia dari segi perkhidmatan internet secara penggunaan sambungan jalur lebar. Para pengguna di Jepun dapat melayari Internet pada kadar kelajuan 60 Mbps. Itu bertepatan dengan 15 kali lebih laju berbanding dengan apa yang dapat dinikmati oleh pengguna di Malaysia. Mari kita perhatikan graf di bawah yang menunjukkan perbezaan kadar kelajuan perkhidmatan jalur lebar mengikut negara.


Nampaknya kita di Malaysia masih jauh ketinggalan tapi kita bersyukur dengan kelajuan jalur lebar 7.2 Mbps yang ada sekarang ini dan kita berharap agar usaha-usaha oleh penyedia-penyedia rangkaian yang begitu kompeten meningkatkan perkhidmatan jalur lebar masing-masing akan berterusan.

Wah! Bayangkan di negara Jepun para penggunanya memuat-turun sesuatu fail movie atau muzik pada kelajuan 60 Mbps... Zuuuuppp! Walaaaaa!!!... sepantas kilat sudah boleh santai menikmatinya. Kemampuan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara lain. Tapi pada kelajuan sepantas itu, pada pendapat saya tidak perlulah muat-turun lagi, cukup dengan streamming sahaja. One day.. Malaysia.. One day!! Lambat-lambat sekarang ini kita tetap bersyukur dengan suasana negara ini yang terhindar daripada pelbagai malapetaka bencana alam. Heheheee!!!

13 March 2011

Proton Saga Baru

Mari ketawa lagi!! Siou!! ini 18SX sikit. Heheheheee..... :-D

APEK: itu potong zaka ada bagut ka ?

ALI : manyak bagut.. bila lu potong ahh lu punya barang manyak bersih loo..

APEK: ??!! err.. saya kawan ada cakap, potong zaka aaahh.. manyak ploblem..

ALI : apa problem ?

APEK: manyak buang luih.. lagi aahh.. dia punya performance tatak bagut.. manyak cinang semput loh..

ALI : cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong.. tada apa problem.. bini saya manyak puas woo..

APEK: lu mini puas sama itu potong zaka kah?

ALI : ya lah.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo.. lu lagi lambat pancut.

APEK: ???!!! err.. lu punya 1.3 atau 1.5 ??

ALI : ??!! woi apek cakap baik-baik sikit ahh.. saya punya 6 inci lah..

APEK: ??! tiu nia ma.. lu jangan maen-maen haa.. mana ada potong zaka 6 inci..

ALI : cilaka apek ni.. nah tengok!! ( buka seluar tunjuk burung punai )

APEK: chee seng!! fengkueng punya olang.. gua tanya baik-baik lu tunjuk lu punya lancau..

ALI : abis.. lu tarak percaya.. saya tunjuk lah..

APEK: saya tatak tanya sama lu punya lancau.. saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka..   

             molo punya olang..

ALI : aiyaa.. apek.. lain kali lu sebut betul-betul lah.. kasih susah saja.. potong zaka! potong zaka!

          bukan potong zaka lah!.. Proton Saga.. cilakak punya apek!!

**** tahniah!! APEK! dapat wayang free!! ****


Burung Kakak Tua

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Dia berkata kepada si penjual burung. 


Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ni...?? 

Penjual  : Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000. 

Pembeli : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam. 

Penjual  : Yaa... memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya. 


******  What??!!!  Pencipta lagu???  Biar betul dorang ni!!! ciitttt!!... ******


Pantun Melayu Versi Otromen

Dedikasi buat Mokungkun
( Aku merindui mu selalu )


Pulau Hokkaido jauh ke tengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Otromen
Otromen yang baik dikenang juga

Dua tiga Raksaser berlari

Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Otromen boleh ku cari
Maner nak samer Otromen Taro

Kalau roboh Kota Narita

Papan di Tokyo Otromen dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Otromen 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat

Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Otromen Ace tak cukup kuat
Otromen Taro datang membantu

Buai laju-laju

Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih

Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula

Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser

'Fire' diberi pada raksaser.


Mamak oh Mamak

Suatu hari, sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

       Ali : Apa yang suka sangat ni Mamak?

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

       Ali : Apa dia cakap? Tentu good news...

Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayooo.... saya banyak suka hati

                juga. Saya belanja awak free minumlah!

      Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik cepat pergi India ni.


Mamak : Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

       Ali : ?????????????